5 Tips To Catch Spanish Mackerel On A Sinking Minnow -

5 Tips To Catch Spanish Mackerel On A Sinking Minnow

5 Tips To Catch Spanish Mackerel On A Sinking Minnow

5 Tip menangkap Tenggiri dengan menggunakan Minnow Tenggelam

By Isaiah Peter

1.      Spanish mackerel can be found in all parts of the water column and usually hunt in packs where bait fish congregate. Working your minnow across a diagonal plane, (from bottom to top) over a longer distance will give you better coverage of the water column and a higher chance of encountering them.

1.      Tenggiri boleh dijumpai dimana-mana kolum air dan selalunya memburu secara berkumpul dimana terdapatnya kumpulan ikan kecil mereka akan selalu ada disana. Dengan mengayakan gewang minnow anda dari dasar hingga keatas dari lontaran yang jauh memberikan anda liputan kawasan yang baik di kolum air dan menambah peluang anda untuk menjumpai mereka.

2.      Distance plays an important role when casting for Spanish mackerel. To achieve good distance, you need a proper casting rod in the 7-8 feet range paired with 4000 or 5000 sized high gear reel loaded with thin diameter braided line in the 20-30lb range. Use about a meter or so of 40-50lb Fluorocarbon leader and connect your minnow using a solid and split rings. Avoid Snaps and Wire Traces.

2.      Kejauhan lontaran memainkan peranan penting dalam memburu ikan Tenggiri. Untuk mendapatkan hasil yang mantap, anda memerlukan joran yang sesuai yang mana panjangnya 7-8 kaki dan berpasangan dengan kekili high gear bersais 4000 atau 5000 dengan disikan tali yang berdiameter kecil yang mana kekuatan tali tersebut di antara 20lb-30lb. Gunakan tali perambut  berjenis Fluorocarbon yang ukuran kurang lebih semeter panjang dalam lingkungan 40lb-50lb, sambungkan minnow anda dengan menggunakan ring solid dan ring split. Elakkan dari menggunakan kili-kili, kancing atau dawai.

3.      The application is pretty straight forward. Cast out your minnow. Reel in the slack to prevent the lure from tangling with the line. Once the line is taut open the bail arm and release line, controlling it with your cranking hand. This will enable you to detect any bites as the lure is sinking. If you do get a hit, Close the bail arm and reel in the slack before you strike. Otherwise allow the lure to sink as deep as it can go.

3.      Aplikasinya adalah sangat ringkas, lontarkan minnow anda sejauh mungkin, gulungkan tali yang longgar untuk mengelakkan gewang tersimpul dengan tali anda. Setelah tali anda lurus, bukakan bail kekili anda dan kawal turunan gewang anda ketika ia tenggelam dengan menggunakan tangan karauan anda, dengan cara begini anda boleh mengesan jika ada sambaran terjadi ketika gewang anda tenggelam. Jika anda mendapat sambaran ketika penurunan, tutup bail kekili anda, gulungkan sedikit sebelum strike.

4.      Next, keep your rod tip down and crank as fast as you can. (Leaving the rod upright will bring the lure up to the surface much quicker.) If you get a hit. Strike. Reel in the slack and strike again. This should be sufficient for a proper hook set as Spanish mackerel do not have very bony jaws that are hard to penetrate.

4.      Seterusnya, biarkan hujung joran anda menunjuk kebawah dan gulungkan secepat mungkin (dengan menunjukkan hujung joran keatas akan membuat gewang cepat timbul). Jika anda mendapat sambaran, gulungkan tali yang longgar lalu strike. Gulungkan lagi mana-mana tali yang longgar dan strike lagi. Ini sudah cukup untuk melekatkan mata kail anda ke mulut Tenggiri kerana mereka tidak mempunyai mulut yang keras.

5.      Do not adjust the drag on the first run. They do not run for structure and have very soft flesh so you do not need a strong drag to start with. Instead, focus on maintaining line tension as Spanish mackerel are notorious for swimming back towards the boat. Once the fish is below the boat, lower your rod and keep the tension on the line as you tire the fish out.

5.      Jangan mengubah kekuatan drag anda ketika larian pertama, mereka tidak akan berenang masuk ke struktur, tidak perlu menggunakan drag yang kencang untuk permulaan tetapi fokus lebih kepada ketegangan tali anda kerana ikan Tenggiri selalunya akan berenang dengan cepat menuju keperahu anda. Ketika ikan sudah berada dibawah perahu, turunkan tip joran kebawah dan pastikan tali anda tegang sehingga ia menjadi lemah.

*All the Spanish Mackerel in the photos above were caught using the following products*

*Semua Tenggiri di foto adalah hasil dari produk*

Rod: Zerek Temptress PE2-3 | Reel: ATC Valour SW5000 | Lure: Zerek Cavalla

Joran: Zerek Temptress PE2-3 | Kekili: ATC Valour SW5000 | Gewang: Zerek Cavalla

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Zerek Innovation Info